Thursday, August 30, 2012

nk brest pum elektrik ke manual

eeemmm memikir dan membuat keputusan adalah satu benda yang paling xsuka sebab riso tersilap langkah

terbaca kt cni.... info antaran eleterik dan manual  http://moms-paradise.blogspot.com/2012/05/philips-avent-manual-vs-electric-breast.html...


YG NI JENAMA MEDELA.. harga dlm 1k++++ ohhh sowilhhh aq xakn belinyer.... bkn kedekot utk bby... tp mmg xmampu lh yea...  
yg ni plak jename yang penyelaras aq ckp Spectra 3 Electric Breast Pump harga dalam 300++ pun rase mahal lg tau.....



tapi kadang2 terfikir manual pun bagus kan???? nanti kita tegok2 lagi.... susuh nak buat keputusan... tapi berharap sangat aq ad banyak susu nak susukan ank nanti... semoga allah permudahkan urusanku nanti... babay kenyang minum susu ibu... tak nak babay minum susu fomular..... huhu




tapikan  kadang2 aq terfikir org zaman2 dlu xde pn benda2 macm ni... cihat jew ank... huhuu YA ALLAH bantulah hambamu ini..... 

macam-macam jenama.... tp aq seorng yang xkisah akan jenama jnji elok dan kualiti....
kene fikir elok2 nk beli barang bby,,, klu boleh aq tak nak membazir... nnt xmo ank ibu ni ikt perangai yang tak elok.... YA ALLAH ENGKAU PELIHARALAH ANAK YANG KU KANDUNG INI....







Wednesday, August 29, 2012

hari akd nikah ku

nk cerita hal kawen.... dh nak dekat setahun kot aq kawen... baru nk cerita....

ALHAMDULILAH....
SYUKUR PADAMU YA ALLAH......

aku telah selamt dijab kabul menjadi isteri kepada TUAN MOHD AIMAN B. TUAN JAAFAR...
lelaki yang xpernah aku sangka jd suami ku....
  YA ALLAH... engkau peliharalah dan berkatilah hubungan kami suami isteri.... jadikanlah aku isteri yang solehah....

walaupuan kami xpernah bercinta sebelum kawen.. aku bersyukur kerana doaku selama ini allah makbulkan bertemu dengan suami yang boleh membimbing... harap kami BERCINTA HINGGA KE SYURGA!!!
 nie beberapa gambar akd nikah kami...


ABG... ni sain perjanjian sesihup semati tau.... hehehe... pas ni sah la jadi suami isteri segalanyer dpikul menjdai tanggujawabmu sebagai suami.... bimbinglah aku hingga ke syurga





kali pertama abg menyentuh isteri tersayang.... ALHAMDULILAH... ( gmbo salam ni lpas si dia solat sunat nikah tau.. kire batal air sembahyang lah.. ).



Friday, October 7, 2011

welkam NEW blog

alhamdulilah dgn bantuan cik mumu adlah blog ni... ya allah sikt pnyer lamelah aq nk wat blog ni.. ad kt 10 kali.. huhu xreti2.. umo dh tuo pn xreti.. huhuhu.... mcm mn?? heheh namum cik mumu mmg byk menolong... melolong sm2,, melaha sm2.wat blog.. die yg wat.. hehehe...


heheh mekaseh.. syg kamo.... kan ku ingt jasa2 mu... n kengan kt bsm

Saturday, August 6, 2011

TENTANG INAI....



AKU SEMEMANGANYER SUKA INAI

SUKA memang suka... tp kononyer aq tak mo la makai inai ni sokmo kn.. kononyer nnt nak kwen xder seri... cantik sangat kalau pkai bila inai yang kita pkai 2 merah sgt.... mak aq cakap kalu jari puteh mmg cntik pkai inai.. so.. kne puteh kan jari lah kan kalu nk pkai inai ni.. huhu mmg xdpt la.. sbb mmg tak menyempat da nk putehkan jari yang sedia itam nih.. hehehe....
macam inai kat bawah nie aq ske sangat... br2 nie aq ngan en tunang pk kedai henna kalu macam pakej kt bawah ni mahi rm 80.. ad gak yang 120.. wah cntik memang cntik.. tp bebalaoi ke?? namun yang ad wit lebih pe salahnyer kn?? ke gone??? hehehe.... aq pun teringin nk wat.. ad org taja x?? heheh

santikkan.... TERINGIN SANGAT.....
TAPI... kalu xdpt.. yang simple mcm ni pn oklah kn.... tp aq ase nk yang simple lg... sbbnyer tangan aq ni kecik jew.... badan jew beso.. huhuhu.....

Dari pengalaman n aq cr kt blog2 orang
  • INAI POKOK /DAUN :memang ni cara tradisional... hasilnyer kalu kena gaya memang cantik. Tp nk wat inai ni kene rumit.. kne org rajin.. hehe aq berangan la nk pkai inai tumbuk.. sekarang ad lg ke org tanam ek??? Pakai kejap ja pon dah nampak merah n tahan lama 3-4bulan camtu kalu tak salah.
  • INAI SERBUK : Orang cakap inai india nie merah gak.. tp len la merah die.. mudah di dapati di kodai2 india la kn... senang ngat bukak paket tuang dalam bekas n campur air suam tros bole apply.Tahan lama 2-3 bulan jugak.
  • INAI TUBE : Mudah nak apply ikot ja peraturan kat kotak tu.Dalam 15min k 30min dah merah.tapi jangan terlajak pakai lebih dari sejam..gerenti hitam aq pnh npok org pkai.. xbekenan lah!Inai tiub ni tak tahan lama.Dalam masa sehari bole nampak kaler makin cAntik
  • INAI KON :lebih kurang tiub la jgk inai nyer. murah la jgk... eeemm tp aq xbape suke sgt pkai yang ni... kadang2 kualiti ini die kurenag la... keras la.. n kadang2 cair.. kalu kt nk mengukir 2 kan.... ble apply kt kulit... inainyer seperti mengembang.. so.. xok lah aq ase... huhuhu
Tips nak pakai inai?
  • kalu guna daun inai, jemur dulu sampai kering then blend/tumbuk dengan gambir/arang,nasi sket(untuk bagi lekat),perahan limau.
  • kalu pakai serbuk, prepare dari petang( atleast 2-3 hours before apply) if nak pakai malam.Letak perahan limau ( bagi tambah berkilat kuku).Tujuan kena prepare dari awal supaya inai tu betol2 sebati dengan peahan limau baru kaler merah nyala...hehe~
  • Inai tiub or kon tips yang aq jmp dlm blog bagi, sebelum apply...sapu minyak /minyak cap kapak then baru letak inai.
Pakai inai pokok tumbuk, bancuh serbuk inai dengan air teh.(air teh panas okeh tapi tak da gula punya.Buat air just untuk mix dengan inai sampai jadi pes.Guna dalam 2uncang teh bagi kaw2 pekat. n mix dengan air perahan limau nipis.Malam nak pakai sapu minyak cap kapak dulu.n b4 kering apply lagik skali minyak cap kapak.Dan kering baru cuci.Sure merah menyala!Cuba la..hehe~bancuh serbuk inai dengan air teh.(air teh panas okeh tapi tak da gula punya.Buat air just untuk mix dengan inai sampai jadi pes.Guna dalam 2uncang teh bagi kaw2 pekat. n mix dengan air perahan limau nipis.Malam nak pakai sapu minyak cap kapak dulu.n b4 kering apply lagik skali minyak cap kapak.Dan kering baru cuci.

Wednesday, July 20, 2011

cologen lah sgt

nie lah.. yg aq ckp. hehehe,.. COCOA COLLAGEN....

HEHEH br nk mcuba nih.. lme dh aq usha.. hehhe.. nie mcm psediaan nk jd bini org leh kt kn... hehhe... nk kngsi gak ngn kwn2,,, heheh. kt tgk kbekesanan nyer nnt yea.. lg sebulan kt cni aq copy benefit dio..

Cocoa Collagen Power Plus mengandungi :
  1. Marine Collagen ~ Membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
  2. Kacip Fatimah ~ Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
  3. Lobata ~ Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
  4. Krimer bukan tenusu ~ Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
  5. Dextrose Monohydrate ~ Melambatkan proses penuaan.
  6. Oligo Saccharide ~ Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

Kebaikan dan Khasiat :
  1. Membantu mengimbangi hormon.
  2. Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut.
  3. Mencantik, menghalus dan menggebukan kulit.
  4. Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung.
  5. Melambatkan proses penuaan.
  6. Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  7. Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah.
  8. Mencerahkan kulit secara semulajadi.
  9. Memberi tenaga.
  10. Membantu mengurangkan keguguran rambut.
  11. Melancarkan peredaran darah dalam badan.
  12. Mengimbangi berat badan.
  13. Meningkatkan daya penghadaman.
  14. Mengurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot.

SESUAI DI MINUM UNTUK :-
  • Wanita sudah /belum berkahwin
  • Ibu-ibu lepas bersalin(amat digalakan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman)
  • Wanita yang inginkan kecantikan & kesihatan
  • Di larang sama sekali untuk wanita yang mengandung & juga lelaki

CARA-CARA PENGAMBILAN COCOA COLLAGEN
Untuk mendapat kesan yang efektif: Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut. Kemudian barulah di campur dengan air untuk suamkan dan minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam. Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang. Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya!

Sunday, July 10, 2011

sj jew kongsi2

kirenyer nie mcm persiapan lah kpd bakl2 pengantin mcm aq nie... aq pn xth gak.. xkwen lg kn.. kot2 dpt membantu ni...

1. tempah baju.



- of course kat 'dzull de classique'. ni aku dah citer dah mase aku tempah baju raya syamiel aritu. tapi takpe, cite lagi.
- harga standard je. kalo baju melayu lelaki, harga lebih kurang ngan kat wisma yakin jek. tapi ini tailor baju mawi. tapi kitorang tak tiru mawi, mawi yg tiru kitorang. haha. baju pompuan pun harga standard medan mara gak. cuma aku rasa dia cam lebih cantek. aku beli kain ela ngan lace murah2 je pon ok je, so takyah beli kain yg mahal.
- contact no: 03-87377575
- mase aku gi tempah, lelaki gi ukur badan kat dzull. pompuan ukur kat wife dia, kak ina.
- cuma ade satu problem je, baru2 ni sorang reader blog aku comment kat entry aku yg ni, camni comment dia: "kak ina sekarang dah cerai ngn dzull so die da tak keje situ lagi...tempat dia dgantikan dgn pekerja pompuan yg sgt tak friendly sombong n jahitan dia sgt teruk..harga dia pun skrg makin mahal.so,,korang pegilah butik k.ina..kak ina skrg da bukak butik sendiri..,dekat reko kajang..hasilnya lebih memuaskan dan harga jauh lebih murah." so dgn adenye comment di atas, silelah carik sendiri kat mane butik kak ina tu.

2. inai



- inai ngan kawan opis mmsc. nama dia niza. contact no: 019-2830390.
- selain niza ni, shortlist aku aritu ade dua orang. dayu ngan balqis. tapi aku pilih niza sbb dia ex-opismate aku.

3. mekap




- saya pilih zirin kat butik dia 'zirin la beaute'. bukan atas recommendation sesapa, tapi dok carik2 je kat butik area umah. lepas tengok gambar2 dia, cam ok je.
- location butik dia kat bandar tun hussein onn, cheras. alamat tak ingat, tapi dekat ngan McD.
- contact no: 012-2162539/019-2242787
- harga: standard. kalau aku bagi harga mase 2007 tu pon, mesti dah tak sama ngan kadar inflasi sekarang. tapi harga dia mmg tak mahal la.
- kelebihan: senang cakap la, ramai puji mekap dia superb, mabeles, etc.
- ketakbestan: dia amik byk tempahan utk satu hari. ade yg komplen, lambat etc. tapi mase aku aritu, cam beruntung gak sbb dia siapkan aku first sekali, so takde masalah lambat la. aku je bosan menunggu bila nak gi bersanding. yg tak best lagi, lepas dia mekapkan kita, dia tinggalkan kita. pepandai ko lah jaga mekap jgn cair. jangan nak ngengade pegi nangis2 syahdu plak. pastu keje pengapit la kene lap muke ko ngan tisu.
- eh tetibe aku tercite keburukan lagi byk dari kebaikan lak kan? hehe tapi kebaikan kat atas tu telah berjaya membuatkan ramai nak amik si zirin ni. aku sajela bagitau keburukan siap2 supaya korang tak salahkan aku lak nanti kalau tak puas ati dgn zirin. aku dah bgtau awal2 kat sini. hehe.

oh ye, 2 tahun lepas kan, aku terjumpa sorang tulis pasal zirin kat blog dia. tetibe muke aku ngan kakak aku pon tertampal kat situ gak. dia siap buat satu entry lagi pasal gambar sebelum selepas aku & ayahsyamiel. pembetulan ye cik mala, 'gambar di atas' tu bukan gambar 'sebelum', tapi tu gambar 'selepas'. tetibe terglamer lak kat blog dia.

4. sewa baju sanding & sewa pelamin


- aku sewa kat zirin gak. tapi kene pandai pilih gak. sbb mcm tak byk pilihan yg cantek. cam aku aritu, kebetulan baju gold ngan baju purple yg kitorang sewa tu baru sekali pakai oleh penganten sebelum ni dan ditempah utk saiz diorang. dan kebetulan plak 2 pasang baju tu yg kitorang minat. dan kebetulan gak saiz badan diorang berdua padan ngan kitorang berdua. selamat takyah kene caj utk tempah baju baru. huhu.
- pelamin pun sewa kat zirin gak. tapi aku tak berapa sajes sgt la. sbb pelamin dia cam tak up-to-date sgt. zirin ni mmg expert bab mekap je aku rase.


5. caterer
- utk part paling berkos tinggi dalam kenduri kawen ni, aku pilih dju catering, kat bdr tun hussein onn gak. sebab pilih: aku makan kat kenduri kawan mmsc, pajoe. cam sedap je lauk dia. padehal kenduri pajoe kat bangi. dju ni dekat je ngan umah aku kat cheras.
- mase aku tempah tu, RM10 per pax saje. puas ati. tapi taktau la kalo ade yg tak puas ati. sbb mase tu aku makan lauk penganten aje. heheh.
- tokey caterer ni haji ayub ngan hajah ape ek, lupa dah. baik orangnye. tapi baik-baik pun, aku mintak diskaun lebih2 sikit, tak berjaya gak. hehe. takpe takde hal punye. janji harga berpatutan, ok la tu. contact no: 03-90756899. gambar kat atas tu lori lama. skrg lori dia lagi besarr punye. hehe.
- mase ni kakak aku belum kawen lagi. so cam segan nak pakai servis bakal abang ipar aku mase tu. tapi pakai gak katering dia mase malam berinai. ejed catering. tapi abang ipar aku jarang accept kenduri kawen, biasenye kat opis2, tapi kadang2 dia accept gak.


6. photographer

- aku pilih adhadi mohd.
- puas ati ngan gambar kitorang. dia edit cantek gak ar. walaupun kadang ade yg nampak kulit aku terlampau over licin, tapi takpela kan? haha.
- puas ati sangat sebab aku bayar murah dia. RM880 saje. zaman tu (2007), standard rate adalah ribu-riban. paling murah pun rm1500 kot. kalau nak saifulnang, RM3000++ rasenye.
- mase tu dia pakai dua kamera, nikon d50 ngan d80. mungkin harga aku murah sbb mase bincang harga, dia belum beli d80 tu lagi.
- skrg ni adhadi dah bz buat training. aku tak sure la dia buat lagi ke tak keje2 amik gambar org kawen ni. buat training lagi masyuk kot. dia juge ade kedai sendiri. dan rajin buat buku. sesapa nak beli kamera, belila kat kedai dia kat giant putra heights.
- tapi aku yakin kawan2 semua takde masalah pilih photographer sbb zaman sekarang ni semua orang ada dslr kan? kecuali aku. huhu.


7. hantaran & hiasan bilik


- tang yg ni, takde susah2 sangat, aku mintak tolong kakak ipar je. takyah bagi contact number lah. bukan dia buat bisnes pon. dia bz keje as a lecturer biomedic apemendetah. tapi aku rase kalo dia pencen sok, dia patut wat bisnes hias2 utk org kawen ni. sangat talented.
- oh ye, gambar bilik kat atas tu bukan utk wedding aku, tapi utk wedding kakak aku. aku letak gambar tu sbb tu pun hasil tangan kakak ipar aku tu jugak. n lagi cantek dari wedding aku. dah bercambah dah idea kakak ipar aku mase ni sbb dah ade experience hias bilik yg same mase wedding aku. huhu. oh ye lagi, kakak aku dan mak aku terlibat gak dalam aktiviti hias-menghias.

8. kad kawen

- design aku buat sendiri. bodo2 aje. pastu aku gi mintak abang aku printkan kat kilang dia. tapi aku tak puas ati sebab aku bagi gambar bodo2 dalam jpeg je sbb aku dah mintak abang aku suruh designer dia lukis balik cantek2. tapi designer dia boleh tak lukis balik pon (ataupun mebi ade miscommunication). bayangkan gambar jpeg diprint kat kad kawen? hmm.
- tapi bila dah siap, kakak ipar aku kate ok jugak. ok ke? ha kira oklah tu.
- hehe sori bab kad kawen aku takleh nak bagi contact number gak sbb abang aku bukan buat bisnes kad kawen. :-)
-tapi kalau nak suggestion lain, kawan2 aku ramai buat kad dekat LH creative jalan pudu, situ ade mcm2 design, nak design sendiri pun bleh...nak pilih material pun boleh...location kat belakang times square. kat situ ade byk printing company gak. bolehla gi survey situ.
- eh aku ade buat e-card jugak mase kawen dulu. interactive map lagik. rugi la keje kat multimedia company tapi tak gunekan kemahiran yg ade. walaupun aku rase cam bodo2 je animation ngan interactivity yg ada dalam e-card aku tu. ala tapi e-card takleh tunjuk kat sini. ni ade link page utk download. tapi aku tak sure boleh access lagi ke tak. kalau nak tempah, sila contact saya. haha.

9. pengapit


- pengapit kitorang mmg bagus. mendengar kata, rajin tolong lapkan peluh kat muke aku, dan rajin ikut aku sepanjang proses bersanding sampaila abis bersanding. hehe.
- nak pastikan pengapit memakai baju yg padan dengan pengantin dan tak overshadow pengantin? silelah belikan kain utk pengapit tempah baju sendiri. kira cam adiah jugak la. ingat senang ke nak jadi pengapit? (aku teringat kes aku jadik pengapit sorang kawan. sori beb, aku dah terbeli baju lebih awal, ko ckp kaler ijau, aku bantai je la beli n tempah ijau pucuk pisang yg terang. sekali pengantin perempuan pakai hijau lumut. huhu sori).
- oh ye. pengapit kitorang punye baju kalernye same sangat. sampaikan ramai ingatkan diorang kapel. huhu. utk pengetahuan, pengapit lelaki dah berkahwin pada tahun 2008 dan pengapit perempuan pulak err err sila tanya tuan punya badanlah apa status dia skrg. yg pastinye, kalo dia kawen sok, aku nak pegi ke dua2 belah kenduri. kalau dijemput la. hehe.
- nak contact number pengapit? hehe sila pm saya. kalau diorang nak lagi la. eh kalau keje pengapit ni jadik profesion, best gak kan? siap boleh tulis dalam resume lagik. aku sendiri ade experience tiga kali jadik pengapit. mesti boleh up gaji byk sikit mase apply keje kalo info tu ade dlm resume.


10. kompang

- kalau anda org cheras selatan, boleh la try tanya kat budak2 flat sri perindu, alam damai. contact no: 012-3436546 (wan). RM300 rasenye mase tu.
- kepada bakal penganten, jangan ngengade nak guna kompang mp3 aje. tak meriah oke. tapi kalau bebetul nak save bajet, silekanlah. aku takde power nak menghalang.
rasenye tu jek kot contacts yg buleh dishare. yg lelain byk sendiri atau family member jek. apepun, aku nak wat disclaimer gak kat sini: semua info adalah betul (atau hampir betul) utk tahun 2007. utk tahun 2011 ni, kene pepandai la compare jugak. mane tau, yg bagus dah jadik tak bagus, ataupun yg mane tak bagus dah improve jadi bagus ke kan?
tips utk bakal penganten:

1. gunakan family members utk jadi management team + planner + koordinator. sesuai utk yg ade ramai adik-badik cam aku.

2. smile smile smile! supaye ko tak nampak macam kena kawen paksa. jangan lupa senyum nampak gigi kat photographer. barulah gambar nampak cantik. tak kisah la gigi cantik ke tak. sbb ade je kawan2 aku yg gigi tak berapa cantik, tapi kalau senyum nampak gigi, memang lebih cantik dari senyum simpul. ini personal opinion aku je la. tapi kadang2 ade gambar yg photographer mintak takyah nampak gigi. sile dengar ckp photographer juge.

3. ade photographer yg pandai mengarahkan pose camane kite patut buat. tapi ade gak photographer yg sonyap sunyi main amik aje gambo. kalau dapat yg camni, pengantin kenela kreatif nak wat pose camane.

4. kalau nak gi booking caterer, pastikan amaun makanan adelah cukup ye utk semua tetamu. amatlah sedih dan kesian kat tetamu yg dijemput datang penat2 pastu bawak adiah canggih-manggih pastu tak dapat makan.

5. lagi satu yg paling aku tak suke kat wedding orang, aku paling tak suke kalau lauk-pauk tu dicedok oleh team2 yg berbaju kurung sama corak. macam makan kat dewan makan aje kak. kitorang datang susah2 pastu sampai2 je, nasik kene sekat, lauk pun ikut suke akak tu je nak letak sikit mana. tak bestlah camtu kak. kitorang tetamu tau, bukan budak kat dewan makan asrama. saiz perut akak tak sama ngan saiz perut saya ok. huhu sekian komplen pasal akak. so kpd family pengantin, rentikanlah sekiranya nampak ade akak2 yg tetibe jadi tukang cedok lauk. kadang2 diorang bertindak secara proaktif tanpa arahan bapak pengantin.

6. tolong qc (especially kat ejaan) kad jemputan sebelum antar wat printing. supaya tak jadik cam kes ni.
ps: ade kawan aku komplen gambar2 kat atas takleh diklik. aku tak ingat nak tukar setting kat mana supaya gambar boleh diklik. kalau rase nak tengok gambar2 lagi detail, carik sendiri lah kat fotopages aku atau adhadi. tapi takyah tengok lagi bagus. cam malu jek.
pps: direktori di atas adelah utk majlis perkahwinan yg low bajet cam aku.

welkam my NEW blog


alhamdulilah dengan berkt tunjuk ajar mumu yg bayak menolong.. maka dpt lah aq berblog... huhu mumu jasa mu dhargai... muah cyg kamo..